Daku Amat Menyintai Mu


03 December 2011

Subhanallah Powernya Janggut


Hikmah Janggut di sebalik Sunnah

Sabda Rasulullah SAW,
"Cukurlah kumis dan peliharalah janggut."
(Hadis Riwayat Muslim)


Memang ada perbezaan antara lelaki yang menyimpan janggut berdasarkan ketakwaan dengan lelaki yang mencukur janggutnya berwajah dagu licin sama seperti wanita.

Berdasarkan pengalaman Ayie sendiri, bila duduk bersama dengan orang alim yang berjanggut panjang tanpa kumis memang terasa AURA kewibawaan mereka. Terserlah CAHAYA KEIMANAN di wajah mereka dan bertambah rasa hormat orang apabila memandang  mereka.

Benarlah sesungguhnya setiap sunnah Rasulullah SAW itu PASTI dan PASTI ada KEJAYAAN di dunia dan pastilah di akhirat.

Untung nyer Lelaki Yang Ada Janggut

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

p/s : Artikel yang dikongsi dari facebook. Terima kasih pada Diana Azis

4 comments:

Aida Omar said... Reply Comment

janggut sunah nabi.. lagi pun kan lelaki ada janggut nampak matang dan bertanggungjawab :)

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Aida Omar

BETUL tu AIDA...JANGGUT LEBIH DARI ITU ADALAH SUNNAH PARA ANBIYAK.

AYIE RASA ASALKAN BERJANGGUT BUKAN KERANA TREN SEMASA DAH laa.

DianaAzis said... Reply Comment

Huhu..dalam adik beradik diana tak de siapa pun yang bermisai atau pun berjanggut kecuali ayah diana yg ada kumis sikit..jadi bila tgok org yg ada janggut ni mmg nampak orang alim je..masa skola agama ustaz pernah ckp tentang sunah Nabi Muhammad berkenaan janggut..baru la tau..tapi tak tahulah pula janggut lelaki ada kaitan dengan kesuburan wanita..baru hari ini tau..

P/s: Abis la lepas ni lelaki berjanggut dicari perempuan..hahaha :P

AYIE ABAS said... Reply Comment

@DianaAzis

ITU laa DIANA...SETIAP APA YANG DISURUH NABI SAW tu PASTI ADA HIKMAT DAN MANFAATNYA UTK KEHIDUPAN DUNIA DAN DI AKHIRAT.

LELAKI BERJANGGUT BUKANNYA SUSAH...JANGAN CUKUR JANGGUT HABIS CERITA. SENANG KAN DIANA? ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top