KUALA LUMPUR 28 Mac 2012 - Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.
Beliau berkata, suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.
"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang badannya melecur," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam ini.
Abdul Rahim berkata Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, masih dirawat di hospital sama.
"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama [SUMBER]
Penyerang Asid Jalanan Yang Berbahaya
Mangsa Simbahan Asid Di Serata Dunia
p/s : Penjenayah simbahan asid memang sangat zalim dan kejam, kebanyakkan mangsa totally hidup mereka musnah hingga ke akhir hayat. Hukuman berat mesti dijatuhkan kepada sipelakunya dan bahan cecair asid mestilah dikawal penggunaannya selain sukar untuk diperolehi seperti senjata api jugak. Tidak ada kompromi.PGGP















6 comments:
01 dari 02 , panggilan over...
p/s :- takut lah klu kene mcm nie..sekarang nie bahaya klu nak kuar gi mana2...x selamat !!!
kes simbah asid semakin menjadi-jadi dan ia adalah antara jenayah yang sangat kejam.
semoga kita sentiasa dilindungi dan di jauhkan dari kes-kes sebgini
buat mereka yang pernah menjadi mangsa kes simbah asid..di harap mereka tabah menghadapi hari-hari yang mendatang
@azie namico
PALING TAKUT KEJADIAN JENAYAH YG BERLAKU SECARA TAK DISANGKA2....AZIE.
@puteri kasih
MANGSA SIMBAHAN ASID MEMANG BERAT UJIAN YANG MEREKA PERLU TANGGUNG KAN...PUTERI?
PENJENAYAHNYA MEMANG ZALIM...ELOK DIJATUHKAN HUKUMAN PALING BERAT.
paling menakutkan.. sebab asid nie boleh main simbah je.. T_T jauhkan lah..sian mereka yang menjadi mangsa nie.. moga mereka tabah menjalani kehidupan..
@Aida Omar
MEMANG MENAKUTKAN AIDA...TAK TERBAYANG PENDERITAAN YG DITANGGUNG MANGSA SEUMUR HIDUP.
Post a Comment