TERUJA bila tengok motosikal terbang 'Hoverbike' ni, walau baru dalam peringkat ujian dan belum dikomersial sebagai kenderaan awam. Pertama kali lihat motosikal terbang ini, automatik otak Ayie teringat pada babak dalam filem Star Wars di mana adegan kejar mengejar dengan motosikal terbang 'Speeder bike'.
Keinginan manusia untuk terbang seperti burung telah lama menjadi kenyataan. Bermula dengan penciptaan kapal terbang ringan sehinggalah kini bermacam-macam jenis kenderaan yang mampu membawa manusia terbang telah dicipta.
Tak terhenti setakat itu saja, keinginan manusia untuk terbang berterusan. Kini motosikal terbang yang selama ini hanya terdapat dalam komik fantasi atau filem fiksyen saja kini besar kemungkinan akan menjadi kenyataan dalam beberapa tahun saja lagi. PGGP
Motosikal Terbang Pertama Dicipta
Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy 32, mencipta sebuah motosikal terbang/Hoverbike yang pertama di dunia.
Malloy, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dgn meng- gunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.
Motosikal terbang yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta itu boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.
Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.
![]() |
| Speeder bike - Motosikal terbang Star Wars |
![]() |
| Hoverbike - Motosikal terbang pertama di dunia |
Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk meng- hasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.
Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.
Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. – Agensi [Sumber]













16 comments:
Guna bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW..WOW ! canggih tu !!
harga nyer pun canggih gak...weee
p/s:-iklan (nampak kuda 2 ekor lah)black and white horse...yipeee !!
@azie namico
ITU BAHAN UNTUK PERMULAAN...AZIE..MCM KAPAL TERBANG PERTAMA JUGAK...KALAU DIBANDING DGN KAPAL TERBANG SEKARANG JAUH BERBEZA...TERMASUK laa BAHAN2 NYA...^__^
MAHAL SBB MASIH DIPERINGKAT UJIAN AGAKNYA...AZIE.
KUDA tu MEMANG NAMPAK ISTIMEWA KAT BLOG PGGP ni...KAN? hehehe..
haha.~ tak macam moto pon ;p
mesti best naik moto terbang..harga pun tentu best
waaaaaaaaa...menarik
erkk..wah..
speechless..:D
tak ada rupa macam motor pun..hikhik
manusia sentiasa ingin terbang bebas kan..mana tahu masa akan datang nanti...ramai yang mampu memiliki motor terbang...hikhik
dapat sebijik.... hari2 remy pi lepak ngan ayie...... he3....sebab tak payah ikut highway.....
gila kreatif mat salleh nih...snggup tu berhabis duit...
@Zayani
MUNGKIN SEBAB TAK ADA TAYAR MCM MOTOR BIASA KOT? ^__^
@anie
A'AH..ANIE...
TAK ADA TRAFFIC JAMMED...hehehe..
HARGA BILA DAH DIKOMERSIALKAN NANTI JADI KOMPETETIF laa...SEPERTI LAIN2 KENDERAAN. ^__^
@Cik Sweet Pea
SESUATU YG BOLEH BAWA KITA TERBANG..MEMANG BETUL2 MENARIK CIK SWEETPEA..hehe ^__^
@Teenager Housemaid
TEENAGER PUN TERUJA KAN? ^__^
@puteri kasih
OLEH KERANA IA MOTOR TERBANG...PASAL tu TAK ADA TAYAR JADI TAK NAMPAK MCM MOTOR BIASA laa..PUTERI...hehe..^__^
AYIE PERCAYA..KALAU KENDERAAN INI BETUL2 JADI NYATA TENTU AKAN JADI CANGGIH DARI VERSI UJIAN NYA... :D
@remyhazza
NANTI ADA HIGHWAY UDARA PULAK REMY...MCM TRAFFIC UDARA KAPAL TERBANG...hahaha... ^__^
@faiz fakhirin
KALAU BERJAYA CIPTAANNYA BOLEH JADI KAYA DIA...FAIZ..^__^
Post a Comment