Daku Amat Menyintai Mu


24 June 2012

Sebuah Kisah Tentang Kemulian Insan Terpuji


Al-Kisah...kisah benar dari timur tengah,

SUATU hari...ketika zaman Islam baru mula nak berkembang, terserempaklah pemuda dengan sorang mak cik tua yang sudah berumur. Mak cik tua ini sedang memikul barang-barang yang agak berat. Pemuda ini tanpa rasa ragu-ragu, terus bertemu dengan makcik tua ini to lend his hand untuk angkat barang-barang tersebut. Mak cik tua tersebut dengan rasa ok nya memberikan pemuda itu barang tersebut. Maka berjalanlah mak cik tersebut diiringi pemuda itu ke rumah mak cik tersebut. Dalam perjalanan...tiba-tiba mak cik tua itu bersuara...

"Tahukah kamu wahai pemuda.. Kamu ini seorang yang sangat baik hati...sanggup kamu nak tolong aku yang tua ini dan menyusahkan diri kamu untuk berjalan ke rumah aku. Bukan macam seorang yang bernama Muhammad. Kamu kenal dia? Dia tu dah la bawak ajaran sesat...Tak betul...Gila ka apa... bla.. bla.. bla.." mak cik tua itu terus mengutuk pemuda yang bernama Muhammad itu sambil pemuda tadi mendengarnya dengan muka bersahaja.

Setelah sampai mak cik tua itu bersama pemuda itu di rumahnya, maka pemuda itu pun meletakkan lah barang-barang mak cik tua itu. berkata si mak cik tua itu,

"Kamu sangat baik hati.. Siapakah nama kamu wahai anak muda yang baik hati???"

Sambil tersenyum, pemuda itu memandang mak cik tua tersebut dan berkata...

"MUHAMMAD..."

Maka ketahuilah mak cik tua itu bahawa lelaki yang bernama Muhammad yang dia kutuk-kutuk tadi dan menghinanya tadi adalah pemuda yang berjalan dengannya yang memikul barangnya sepanjang perjalanan tadi...

Dengan serta merta, berkata mak cik tua itu...

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

***************

Agak-agaknya kan...kalau la kita di tempat pemuda tadi...apakah tindakkan kita...? kalau saya... penyet ha mak cik tu kena hempap dengan barang-barang dia yang berat. Jadi kubur trus pasir depan umah dia.. Angkat kaki dia buat kunci skit bagi patah...ha...geram..

TAPI....

Itulah Rasullulah S.A.W. akhlak yang ditunjukkan kepada kita. Dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan menyejukkan hati siapa yang memandang. Sabar...Relax...Cool.. Oleh itu, marilah sama-sama kita berselawat kepada Baginda, tanda cinta kita kepada Baginda S.A.W.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan seluruh sahabatnya.

***************

ustaz don daniyal don biyajid
Entry yang dipetik dari blog Ustaz Don Daniyal dengan tajuk asal Sebuah Kisah Best Untuk Semua . Sengaja Ayie ambil sebab 'nilai' ceritanya sangat tinggi dan bermanfaat pada jiwa kita. PGGP

14 comments:

Cikgu Jaja™ said... Reply Comment

kebaikan tanpa dibuat2..mmg sbb dasar dirinya uswah hasanah!

allahumma sooli 'ala saiyidina Muhammad!

:)

menarik sgt post kalini abg ayie

Ayie Abas said... Reply Comment

@Ayie Abas

BENAR..JAJA...

INSAN MULIA PILIHAN ALLAH...PENGHULU SEGALA NABI...KEKASIH ALLAH...

ENTRY AYIE AMBIL DARI ENTRY USTAZ DON...hehe3

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

tirahzairi said... Reply Comment

nice entry....

ayie....kalo tirah jd makcik tue mesti malu...huhu

Puteri Kasih said... Reply Comment

mengajar seseorang untuk tidak mengutuk tanpa usul periksa..

kisah yang boleh dijadikan renungan :)

LaLa mhdnor said... Reply Comment

kalau lala tempat pemuda tu, xtaw la nasib makcik tu.

sebab tu lala kagum dengan nabi kita, penuh dengan sifat terpuji =D

Ayie Abas said... Reply Comment

@tirahzairi

...MAKCIK tu TENGAH MALU laa tu...hehe3

TAPI ASBAB ITU MAK CIK TERSEBUT DPT HIDAYAH...MASUK ISLAM... ^__^

Ayie Abas said... Reply Comment

@Puteri Kasih

MAKCIK tu BUKAN APA PUTERI...HANYA DENGAR2 jer CAKAP2 ORANG...TANPA BERTEMU DAN BETUL2 KENAL DGN ORANG YG DIA KUTUK2 tu...

APAPUN...ALLAH SYG PD MAKCIK tu...KETEMUKAN DIA DGN NABI SAW...DAN AKHIRNYA MENERIMA HIDAYAH...MASUK ISLAM.

DLM DIA SUKA KUTUK2 tu TENTU ADA AMALAN MAKCIK tu YANG ALLAH SUKA. ^__^

Ayie Abas said... Reply Comment

@LaLa mhdnor

AIH...BOLEH TAHAN GARANG nyer...lala nih..? hehehe...

MUHAMMAD MEMBAWA MAKSUD YG TERPUJI...SEBUAH NAMA YG MENGAMBARKAN SIFAT PEMILIKNYA. ^__^

..JOM KITA SELAWAT ATAS NABI SAW :

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Remy hazza said... Reply Comment

Rasullullah mengajar kita erti kesabaran yg tinggi.......
biarpun dihina , rasul tetap bersabar.......
sifat yg terpuji.... kita patut contohi Rasul kita.....

Ayie Abas said... Reply Comment

@Remy hazza

...BETUL REMY

...SEMUANYA ITU MELAYAKKAN BAGINDA SAW...MENDAPAT KEDUDUKAN YANG TERPUJI DAN WASILAH DI AKHIRAT KELAK. --

pelangi sepi said... Reply Comment

info menarik

azie namico said... Reply Comment

Sesungguhnya nabi muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan allah swt kepada umat manusia utk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Sebab itu lah beliau di gelar AL AMIN yg bermaksud "yang terpuji".

Ayie Abas said... Reply Comment

@pelangi sepi

TERIMA KASIH..PELANGI ^__^

SEMOGA BERMANFAAT PD JIWA KITA.

Ayie Abas said... Reply Comment

@azie namico

BETUL..AZIE...

RASULULLAH SAW SBG PEMBAWA RAHMAT SEKELIAN ALAM...KERANA USAHA DAN SUSAH PAYAH NABI SAW laa MANUSIA DPT MENGENAL DAN MENTAUHIDKAN ALLAH...

SEBELUM ITU MANUSIA BERADA DI DLM KEGELAPAN HIDAYAH DAN AKIDAH YG ROSAK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top