Powered By AyieAbas.com
30 April 2012
Lelaki Pun Boleh Gedik Laa
JANGAN ada yang muntah pulak bila tengok betapa gediknya lelaki-lelaki tulen dalam gambar nih. Lelaki apabila berposing gedik adakalanya mengalahkan perempuan gaya dan lentuk lenggok tubuhnya...hehe.
Tapi alang-alang pekasam menyebut perkataan gedik...tau tak apa maksud sebenar gedik eh?
Pada tanggapan Ayie, gedik bermaksud gaya manja yang keterlaluan seseorang perempuan hingga orang yang memandangnya naik menyampah.
Tapi kalau dilihat maksud gedik oleh Kamus Dewan ternyata punya maksud yang berbeza [KAMUS DEWAN] .
Tergedik-gedik - lincah (bkn gadis).
Bergedik-gedik - bergerak-gerak, terketar-ketar.
Menggedik-gedikkan - menggerak-gerakkan (bahagian badan spt kaki dll sewaktu mengelamun).
Kegedikan keadaan (sifat) gedik - tubuh badannya yg montok (Ayie rasa ini maksud gedik yang berkaitan).
Apa pula definisi...GEDIK menurut My Friends?
p/s : Kena sediakan baldi dan kain pengesat mana tau ada yang muntah pulak nanti bila tengok kegedikkan lelaki-lelaki tu...haha
Labels:
SANTAI HIBURAN,
SANTAI KETAWA
28 April 2012
MENCIPTAKANAPI #2 Veto
BLOG PALING BERAPI DI DUNIA
BLOG CIPTAAN ANAK MALAYSIA?
Iyer memang betul..blog paling 'berapi' ialah blog PGGP. Sebenarnya backgroud 'api' yang menghiasi blog PGGP kali ini adalah backgroud 'khas' untuk segmen 'MENCIPTAKANAPI', salah satu dari 3 segmen yg blog PGGP telah war-warkan dari tahun lepas lagi. 3 segmen itu ialah :
1 - E-Cerpen | OMBAK DIJIWA (sudah tamat)
2 - Eksklusif (belum bermula)
3 - MENCIPTAKANAPI (telah bermula)
APA ITU SEGMEN MENCIPTAKANAPI?
Sebuah segmen untuk lagu-lagu rancak yang Ayie pernah dengar dan menyukainya pada suatu ketika dulu, Ayie pernah punya impian untuk mempunyai KOLEKSI lagu-lagu rancak Ayie sendiri. Pernah Ayie beli kaset kosong untuk merakam lagu-lagu rancak yang pernah popular melalui corong radio. Tapi tak semua lagu-lagu itu disiarkan atau ada lagu yang disiarkan tapi tidak penuh...kadang2 DJ radio menyampuk, bercakap ditengah2 lagu...errmmm.
IMPIAN LAMA DIREALISASIKAN
Kini dengan blog PGGP melalui segmen MENCIPTAKANAPI ini Ayie dapat memenuhi 'impian' lama Ayie sekaligus menjadi BLOG PALING BERAPI DI DUNIA..kerana segmen ini dipenuhi dengan elemen api yang membakar jiwa raga agar lebih 'membara' dan bersemangat menempuhi kehidupan. PGGP
PENZAHIRAN IDEA MENJADI NYATA, PERCUBAAN BERANI MATI BLOG PGGP MENCIPTA EVOLUSI MAHU MENJADI BLOG PALING BERAPI DI DUNIA MENERUSI SEGMEN BARU 'MENCIPTAKANAPI'
26 April 2012
Segmen Bloglist | Daku Amat Menyintai Mu
Daku Mahu Sertai Segmen Bloglist | Daku Amat Menyintai Mu
1 - Mesti follow blog Daku Amat Menyintai Mu dan LIKE fanpagenya.
2 - Buat entry mudah yang bertajuk : Segmen Bloglist | Daku Amat Menyintai Mu
3 - Copy paste banner segmen di atas dan dilink kan ke entry segmen berkenaan.
4 - Kemudian buat tajuk kecil di bawah banner (seperti yang anda lihat di Entry ini) yang bertajuk "Daku Mahu Sertai Segmen Bloglist | Daku Amat Menyintai Mu"
5 - Tag 1 rakan blogger lain (kalau nak tag lebih lagi awesome).
6 - Kalau dah siap link kan Entry anda di kotak komen di Entry.
Klik banner untuk langsung ke link segmen.
Setiap link blog yang menyertai akan dimasukkan ke dalam senarai Bloglist Daku untuk menjadi rakan blogger.
Tarikh tutup Segmen Bloglist ini adalah pada Khamis 10 Mei 2012.
Labels:
CONTEST/GIVE AWAY/SEGMEN
23 April 2012
KESEDIHAN KU
Hati Berasa Sedih
Jiwa Terasa Pilu
Hati Yang Sedih Siapa Yang Tahu
Siapa Pula Akan Mengendahkannya
Tidak Mahu Terlalu Memikirkan
Kehidupan Mesti Berterusan Seperti Biasa
Memelihara Lidah Dan Perbuatan
Dari Menyakit Atau Menguris
Akan Ku Hilangkan Kesedihan Ini
Dengan Membaca Atau Mendengar Al Quran
Itulah Ubat Paling Mustajab
Merawat Kesedihan Hati Ku
Selagi Komputer Ini Masih Berfungsi
Selagi Itulah Tetap Teguh Berada Di Sini
(plug-in unresponsive)
22 April 2012
Weehuu Kesyiokkk!!! #1
" Betapa untungnya aku, ada 4 tangan...engko ada?"
" Beso sangat bola tu bro, patah raket engko nanti."
" Tengok, otai punya balingan, dari jauh steady jer tetap masuk "
-----------------------------------------------------------------------
Weehuu Kesyiokkk!!!
Himpunan Gambar & Dialog Super Lucu
-------------------------------------------------------------------------
" Aku pun teringin gak nak kaki panjang macam engko... apa celah engko jer "
" Wahhh!!! kita dapat baju baru laa, cantikkan kaler keemasan baju baru kita nih? berminyak lagi "
" A'ah laa...bau baju kita nih pun sedap "
21 April 2012
Welcome to Fucking
CANTIK kan...panorama pemandangan di atas? umpama sebuah lukisan di atas kanvas. My Friends hanya boleh melihat keindahan pemandangan itu jika pergi ke Fucking, ya! pemandangan itu hanya boleh dilihat jika anda pergi ke Fucking. Kenapa...terkejut?
Disebut sebagai "Fooking", ialah nama sebuah kampung di Austria, 33 kilometer dari utara Salzburg, dengan jumlah penduduk seramai 104 orang.
Pelawat2 dari Inggeris sebelum ini selalu mencuri papan penanda jalan tersebut tetapi pada 2005 penduduk setempat telah membuat perubahan pada papan penanda jalan itu dan sekarang ditambah dengan konkrit hingga ia mustahil untuk dialihkan.
Ketua polis tempatan, Kommandant Schmidtberger berkata, "Kami tidak faham mengapa papan penanda jalan 'Fucking' perlu dipindahkan," "Ia mungkin sangat melucukan jika anda adalah orang British, tetapi Fucking semata-mata Fucking bagi kami. Apa jenaka Fucking yang sebegini besar? Ia terlalu keanak2 kan."
Seorang pemandu pelancong tempatan, Andreas Behmueller pula berkata, ia hanya orang British saja yang obses dengan perkataan Fucking itu.
"Setiap orang Jerman mahu melihat rumah Mozart di Salzburg," dia menambah, "Setiap orang Amerika kelihatan ambil peduli hanya tentang 'Sound Muzik' (filem yang dirakam sekitar Salzburg pada tahun 1965) Sekali-sekala orang Jepun pula hendak melihat tempat kelahiran Hilter di Braunau." katanya lagi.
Di sini, Ayie sertakan peta lokasi kampung Fucking di Austria, mana tau ada My Friends yang nak pergi melancong kesana...hehe weeeeehuuu [Fucking Map]
19 April 2012
ILUSTRASI STYLO #1 Puteri Kasih
By Ayie Abas
Puteri Kasih
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Step By Step
Ilustrasi Stylo #1

Practice make perfect ♥
Perfect make awesome ♥
Awesome make incredible ♥
AGAK lama juga Ayie merancang mahu membuat lukisan rakan2 blogger yang dikasihi, namun asyik tertangguh-tangguh. Pada mulanya Ayie mahu buat dalam bentuk karikatur seperti karikatur Ayie di sidebar tu. Tapi oleh kerana lukisan seperti itu memakan masa agak lama jadi Ayie fikir kena sesuaikan dgn masa yg ada.
Apabila Ayie buat E-Cerpen | OMBAK DIJIWA pada suatu ketika dulu, dengan setiap siri ada ilustrasinya ada rakan blogger yg suka dan minat. Mereka mahu Ayie buatkan ilustrasi untuk mereka. Jadi sebagai menghargai rakan-rakan blogger yg selalu ingat pada Ayie dan blog2 Ayie seperti PGGP ni...maka ayie 'wujud' kan segmen ini. Semoga My Friends akan gembira/enjoy dan rasa dihargai. PGGP
World's first sand museum
EMPAT BELAS pengukir British bergabung mewujud- kan muzium pasir pertama dunia di Tottori, Jepun.
Di Jepun terdapat sebuah pertandingan mereka cipta seni dari pasir yang dipanggil sand museum. Pertandingan itu diberikan kepada beberapa tema.
Pada tahun ini, tema tersebut berkonsepkan British landmarks. Jom layan beberapa gambarnya. [Sumber]
Di Jepun terdapat sebuah pertandingan mereka cipta seni dari pasir yang dipanggil sand museum. Pertandingan itu diberikan kepada beberapa tema.
Pada tahun ini, tema tersebut berkonsepkan British landmarks. Jom layan beberapa gambarnya. [Sumber]
Labels:
MACAM-MACAM Hal,
Seni
18 April 2012
RABU KELU *9 ~ MEK NEELOFA | PARIS 2012
16 April 2012
Rumah Pusaka P.Ramlee Bakal Disita
Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
KALAU dah nasib sudah tersurat, apa boleh buat kena redha jer laa...ermmm. Kata-kata di atas dipetik dari lirik awal lagu Di Manakan Ku Cari Ganti lagu popular malar segar nyanyian dan ciptaan seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Bait-bait sedih itu memang benar-benar terjadi kepada anak cucu seniman tersohor negara itu.
Cerita tentang kesusahan dan kesempitan hidup waris P.Ramlee, bukanlah cerita baru. Sudah lama kisah-kisah mereka diceritakan di media massa. Malah Allahyarham P.Ramlee sendiri meninggal dunia dalam keadaan tidak meninggalkan harta kemewahan. PGGP
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Rumah Pusaka Seniman Agung Disita,
Waris P.Ramlee Akan Merempat?
Waris P.Ramlee Akan Merempat?
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh seminggu kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee supaya membayar tunggakan cukai taksiran berjumlah RM10,000 bagi mengelak rumah pusaka Seniman Agung itu di Taman Setapak di sini, disita. [Sumber]
Arahan itu berdasarkan notis yang ditampal kakitangan DBKL di hadapan rumah berkenaan, Rabu lalu.
Rumah yang dibeli Allahyarham pada lewat 60-an dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem arahannya, Gerimis (1968), kini didiami menantunya, Suria Bakar, 43, bersama dua cucunya.
Suria, isteri anak Allahyarham, Nasir Ramlee yang meninggal dunia empat tahun lalu, terkejut apabila menerima notis berkenaan Rabu lalu yang dilekatkan di hadapan rumahnya.
![]() |
| Termenung sayu mengenang nasib, rumah pusaka seniman agung bakal disita |
“Saya terkejut dan tidak pernah berniat untuk melarikan diri daripada membayar tunggakan cukai taksiran berkenaan."
![]() |
| WARIS - Nasir yang meninggal 4 tahun lalu |
Beliau mengakui hujung tahun lalu, anaknya pernah ke DBKL untuk menyelesaikan masalah ini dan diberikan kelonggaran membayar ansuran RM200 sebulan.
Bagaimanapun, katanya mereka tiga beranak yang kini hidup dengan hasil bantuan Baitulmal RM400 sebulan, tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan yang ditetapkan DBKL itu.
“Saya amat tertekan dengan situasi ini, bukan niat untuk meraih simpati sesiapa, tetapi kami amat sedih kerana akan kehilangan satu-satunya rumah pusaka tempat kami tiga beranak berteduh,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap DBKL dapat mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan itu daripada RM200 kepada lebih rendah.
p/s : Ketika pelakon asing sibuk diangkat jadi pelakon paling popular di negara ini, waris seniman agung sendiri tak terbela, bergelut dengan nasib yang tak menentu. Malah mungkin akan merempat apabila dihalau keluar rumah nanti. Inilah akibatnya apabila, orang kuat persatuan Seniman tak boleh bersuara di negara sendiri. Apabila bersuara jer akan dikutuk dan dianiaya. Ermmm... sedih betul laa. Kalau dah nasib sudah tersurat, apa boleh buat.....
Labels:
Entry Berita Semasa,
INFO Hiburan
Berani Punya Budak - Filem Aksi Tinju Siam
Berani Punya Budak -
Poster Filem Paling Awesome Di Galaksi
Poster Filem Paling Awesome Di Galaksi
Filem - Berani Punya Budak
Klasifikasi : 18
Pengarah : Afdlin Shauki
Tarikh Tayangan : 26 April 2012
Penerbit : Noradyman Sulaiman
Terbitan : Vision Works & Ismail Holdings
Promosi & Pengedaran : Alternate Pictures
Penulis skrip : Afdlin Shauki & Nat Nualpant
Penerbit Eksekutif : Dato’ Ismail Abdur Rahman & Afdlin Shauki
Pelakon utama :
Afdlin Shauki (Tong), Mike B (B), Supaksorn Chaimongkol (Lita), Adlin Aman Ramlie (Detektif Azman), Johan Raja Lawak (Detektif Azlan), Awie (John), Nabil Ahmad (Adik John), Sharifah Sofia (Meaw), Riezman Khuzaimi (Informer)
Sinopsis :
Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.
Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.
Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mahu membunuh Pairot dan Tong.
Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan. [Sumber]
Labels:
PROMO,
SANTAI HIBURAN
Subscribe to:
Posts (Atom)






























.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)



















